Pengetua / Guru Besar
SMK / SMBP / SMT
SK / SJK (C) / SJK (T)
TAKLIMAT PENYELARASAN APLIKASI PRESTASI 2009
Dengan hormatnya saya diarah merujuk kepada perkara tersebut di atas.
2. Adalah dimaklumkan bahawa taklimat tersebut akan diadakan pada 09 dan 10 Nov 2009 jam 0800 pagi hingga 0500 petang bertempat di Bilik Mesyuarat Pejabat Pelajaran Daerah Seberang Perai Tengah dan Bilik Mesyuarat SMK Permatang Pasir.
3. Sehubungan dengan itu Penolong Kanan Pentadbiran sekolah tuan/puan diWAJIBKAN hadir ke taklimat tersebut. Sekiranya beliau tidak dapat hadir, penggantinya mestilah daripada kalangan Pentadbir Sekolah sahaja.
4. Pegawai yang hadir diminta membawa peralatan yang diperlukan semasa sesi taklimat seperti berikut:
a. Komputer riba yang dilengkapi dengan sistem pengoperasian Window XP dan perisian Microsoft Access 2003.
b. Extension wire.
c. Surat Pekeliling Bilangan 2 Tahun 2009.
d. Borang / Lampiran Pengesahan Butiran Peribadi yang telah lengkap diisi oleh semua kakitangan sekolah tuan/puan.
5. Tuan/puan perlu download "Aplikasi Prestasi 2009" "Aplikasi EMIS 4.zip" " Pekeliling SPP 2009.zip".
6. Tuan/Puan perlu install Aplikasi EMIS 4.zip terlebih dahulu sebab table Prestasi 2009 di"link" dengan table EMIS.
7. Install aplikasi Prestasi 2009.
8. Aturcara taklimat:
09 Non 2009 - 730 pagi - 830 pagi Pendaftaran di Bilik Mesyuarat SMK Permatang Pasir - Komputer riba yang dibawa perlu dilabelkan dengan nama sekolah terlebih dahulu dan tinggalkan dibilik mesyuarat tersebut. Kakitangan urusetia akan install dan masukkan maklumat yang berkaitan dengan prestasi tersebut. Tuan/puan ke kantin untuk sarapan pagi.
0830 pagi - 1230 th Tuan/puan ke bilik Mesyuarat PPD T mendengar taklimat.
1230 th - 0200 ptg Makan tengahari dikantin. Selepas makan tuan/puan dikehendaki datang mengambil komputer riba tuan/puan dibilik mesyuarat SMK Permatang Pasir.
0200 ptg - 0500 ptg Tuan / puan dibahagikan kepada 2 kumpulan untuk "key in" data dibilik mesyuarat PPD T dan bilik mesyuarat SMK Permatang Pasir.
Semua SMK dan SJK (C) di bilik mesyuarat PPD T SK dan SJK(T) di bilik mesyuarat SMK Permatang Pasir.
10 Nov 2009 - 730 pagi - 0830 pagi Sarapan pagi.
0830 pagi - 1230 th Key in data ( tuan/puan menggunakan bilik seperti yang telah ditetapkan pada 09 Nov 2009 ).
1230 th - 0200 ptg Makan tengahari.
0200 ptg - 0500 ptg Key in data.
Sila muat turun aplikasi EMIS4.1 dan aplikasi SSM 2009 untuk kegunaan semasa taklimat tersebut.
Pekeliling prestasi boleh juga dimuat turun untuk rujukan tuan / puan.
Sekian.
Terima kasih.
Surat Pekeliling SPP 2009
Pengetua/Guru Besar
Sekolah Menengah dan Sekolah Rendah
Daerah Seberang Perai Tengah
Tuan/puan:
Surat Pekeliling SPP 2009
Tuan/puan dikehendaki download surat pekeliling:
1. spp022009
2. spp042009
3. spp0502
4. spp082009
Surat pekeliling tersebut boleh didownload di
"Laman Muat Turun" pada
"Pekeliling SPP 2009.zip"
Terima kasih.
Sekolah Menengah dan Sekolah Rendah
Daerah Seberang Perai Tengah
Tuan/puan:
Surat Pekeliling SPP 2009
Tuan/puan dikehendaki download surat pekeliling:
1. spp022009
2. spp042009
3. spp0502
4. spp082009
Surat pekeliling tersebut boleh didownload di
"Laman Muat Turun" pada
"Pekeliling SPP 2009.zip"
Terima kasih.
Subscribe to:
Posts (Atom)