PENGEMASKINIAN DATA OKTOBER 2010

21 September 2010

Semua Guru Data
Sekolah Daerah Seberang Perai Tengah.

Satu perjumpaan bersama guru data akan diadakan nanti, masa dan tempat akan ditentukan kemudian.
Sehubungan dengan itu guru data diminta membuat persediaan dan mengemaskini data sebelum 29 September 2010 mengenai perkara berikut:
1. Tarikh tarikh penting perkhidmatan semua staff.
2. Sejarah perkhidmatan semua staff.
3. Tangga gaji terkini semua staff.
4. Peralatan ICT yang terdapat di sekolah.
Alamat terbaru Portel EmisOnline ialah http://emisonline.moe.gov.my
Adalah dinasihatkan agar guru data membuka portal emisonline setiap hari kerana terdapat pengumuman yang memerlukan tindakan segera yang dimaklumkan terus oleh KPM melalui portal ini. Tuan puan diminta memuat turun utiliti terkini untuk tujuan semakan ralat data.

Surat siaran dari JPN berkaitan perkara ini boleh dimuat turun diruang "Muat turun".

Terima kasih.

Pegawai Maklumat PPDT